Pages

Thursday, January 28, 2010

Bila Fahrin Menangis. Ada yang menyampah?


Surat khabar keluaran hari ini ada melaporkan mengenai tindakan sebuah stesen radio yang bagi aku tersangat la tak sensitif dengan isu semasa apabila diorang menerbitkan(betul ke ayat menerbitkan?) 1 slot di stesen berkenaan mengenai “lelaki menangis”(adakah ditujukan kepada Fahrin?). Perkara ini diceritakan sendiri oleh seorang pendengar Suria FM yaitu Teddy Marcello kepada sebuah surat khabar tempatan(Berita Harian lerw)..

Slot berkenaan dikendalikan oleh 2 orang pengacara diorang yaitu Zaff dan Tuah. Perkara yang menjadi persoalan ialah, kenapa slot itu diadakan?. Jelas kelihatan tujuan slot berkenaan diadakan,  apabila salah seorang penyampai Suria FM yang mengendalikan slot berkenaan yaitu Tuah mengatakan, topic yang sedang dibincangkan tuh ada kena mengena dengan Linda Onn(So nak kutuk Fahrin menangis lah yerw?).



Tuah ketika menderma darah.

"Berdasarkan aduan yang diberikan oleh seorang pembaca yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Teddy Marcello, stesen radio itu sudah membuat satu topik mengenai lelaki menangis. Menerusi program yang disiarkan waktu malam yang dikendalikan dua pengacaranya iaitu Zaff dan Tuah, mereka meminta pemanggil mengulas tindakan seorang lelaki yang menangis.

Kata Teddy lagi, pelbagai komen diterima. Ada yang suka dan ada yang menyampah. Tapi yang membuatkan dia terkilan adalah apabila Tuah tiba-tiba berkata topik itu ada kena-mengena dengan Linda Onn. Terkejutlah si Teddy tu kerana nampak sangat mereka keluarkan topik itu kerana agenda tertentu. Malah, si Zaff sendiri pun terkejut apabila si teman tadi berkata demikian. "

Yang comel ni Zaff. (mati2 aku ingat Zaff tu lelaki.
Lps tnya Uncle Google baru daku tau Zaff tu girl. Adess.)




Nampak sangat macam diorang seperti nak menghina mengejek mengucar kacirkan hati Fahrin walaupon mungkin dorang tidak bermaksud macam tu. Sampaikan, si Zaff sendiri pun terkejut bila Tuah kata macam tu. Adakah Suria FM ada agenda tersembunyi bila dorang dengan sengaja memainkan isu tersebut atau Tuah just tersilap sebut?

Pelbagai komen diterima daripada para pendengar yang memberi pendapat apabila slot tu dibincangkan. Ada yang suka dan ada yang menyampah. Kenapa!!! Salah ke lelaki menangis? Aku sememangnya tak tau nak cakap aper sebab bagi aku hati manusia lain-lain. Air mata bukan untuk wanita saja tetapi lelaki juga berhak dan perlu untuk menangis terutama bila menyentuh soal hati dan perasaan. Takkan nak pendam sampai stress dan jadi gila kowt!!

Bak kata pepatah
           " rumah terbakar nampak asap, hati terluka siapa yang tahu."
Kalan Sim Walas Melaporkan dari
radio buruk Kampungku One Stone.

Bagi aku, pengurusan Suria FM sememangnya  tak sensitif dengan situasi yang sedang berlaku sekarang.. Adakah nak membela penyampai diorang sampai tidak memikirkan sensitiviti rakyat malaysia termasuk aku nih? Nampak sangat macam Suria FM ni terlalu memihak kepada Linda. Tapi, apa per pun aku sememangnya  tak pernah dan akan setuju dengan keputusan diorang mewujudkan slot macam tu.

Apakah sengaja nak menduga perasaan atau sememangnya berniat nak mengecil dan memalukan Fahrin? Laut yang tenang jangan disangka tak der buaya! Bagi ak, pengurusan Suria FM perlulah lebih berhati hati bila nak menggunakan sesuatu isu yang sedang hangat bila mana isu tu boleh menimbulkan perasaan kurang senang dikalangan individu lain. Bila akal fikiran diperah untuk bertindak dengan hanya memikirkan keuntungan.Hurmm. Macam-macam orang sanggup buat. Kan2?


Ermm. Gambar Datuk Siti. Tak der kene mengene pon dengan artikel
nih tapi coz tomey sesangat so ak letak lerw tuk tatapan korang. Hehe.

Bagi aku, kalau Hot FM atau stesen radio lain yang buat slot tu pastilah tidak sehangat dari biasa(Hot FM) kerana walaupon isu ni tak lah sebesar Blog Hina Almarhum Sultan Johor Di Dakwa, tapi still isu ni yang agak panas untuk diperkatakan. Professional la skit. Korang dah buka stesen radio lama mana wei. Korang dah buat satu slot yang bisa membuatkan aku dan segelintir pendengar stesen korang terbakar. Kes ini sedang hangat, jadi tak perlulah nak menambahkan minyak ke dalam api yang sedang membara. Nanti tak fasal-fasal, ramai lagi orang yang akan terbakar.



Boleh jer try Math tuk kira kesakitan hati korang after 
clash ngan gopren or bopren korang.


Sumber artikel : Berita Harian

p/s Artikel diatas hanyalah pandangan aku sebagai seorang manusia untuk melahirkan rasa ketidak puasan hatiku di atas apa yang berlaku ke atas Fahrin. Walaupun tak terbukti lagi siapa yang salah, still aku harap tak der orang yang tersinggung.

To: Suria FM – Jangan saman saya. Saya orang susah. Sekadar luahan perasaan. Salah silap Harap Dimaafkan. Huhu. Kalu artikel ni agak biadap. Gtau jerw, nnti saya remove......

6 comments:

Nazz said...

setiap yg dibuat oleh media massa pasti punya agenda.. cuma kadangkala tersembunyi dan kadangkala nyata..

kita nilailah sendiri..

Che Det said...

Bagiku, itu satu cara ntuk dorg menaikkan rating stesen dorg. tapi mmg sungguh xpatut dorang mengguna gunakan fahrin. Nak perli fahrin jugak! Perli la aduka taruna ker, gutter malaysia. Baru la xper...yang tu mmg da konpem salah..

There Is nO sUch s2upid QueStiOn,
buT tHere iS suCh s2upiD aNsWer. (-.+)v

Rye said...

btol la...hari lps fahrin saman linda tu pn hot fm ada buat slot pg psl lelaki menangis jgk. yg die suruh faizal ismail nanges 2. dh jd mcm bahan lawak lak n media pn amik kesempatan.

p/s : lelaki blh nanges, tp klo tjuk kt public myb nmpk lemah. nsb korang la...huhuhuhu~~

Amir said...

entri yg baik. dpt ilham tulis entri baru bila baca blog ni. hehe..

keep it up. rajin2kan diri buat blogwalking utk lebih dikenali.. :-)

ishak said...

bagi aku tak menyampah itu air mata kejujuran...linda on tu perempuan murahan....

chedet said...

Mahkamah lon decide lg so ak xdpt nk btl2 pro kearah Fahrin. Kalau btul mmg linda yang reka cerita, nnti baru ak nak bantai cukup2.

There Is nO sUch s2upid QueStiOn
buT tHere iS suCh s2upiD aNsWer. (-.+)v

Post a Comment

add comment