Pages

Friday, January 29, 2010

(Panas) Hukuman Super-Keras Untuk Orang-Babi?



 Inikah orang-babi yang dimaksudkan?

Kejadian meletakkan 4 kepala babi hutan di 2 buah masjid dekat Petaling telah dikutuk sekeras kerasnya oleh Malaysia dunia. Tindakan yang bolehlah diumpamakan sebagai tindakan orang yang paling buduh didunia ini ternyata merupakan salah satu cara luahan perasaan yang melampau batas dan melanggar adab ke peri manusiaan.

Keputusan orang-babi(orang yang buang kepala babi)  meletakkan kepala babi di masjid ternyata mempunyai agenda tersendiri apabila dengan sengaja memilih masjid sebagai sasaran walaupon sudah jelas dengan  sensitiviti umat Islam di Malaysia ini dengan babi. Ini adalah tindakan dan keputusan manusia paling sengal dan bodoh yang menggunakan 'akal kepala lutut' dalam mengekspresikan rasa ketidakpuasan hati mereka. 



"Saya(Tan Sri Muhyiddin Yassin) rasa marah dan ini adalah satu perkara yang sepatutnya tidak berlaku. Ia sesuatu yang amat memalukan kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sidang pleno Persidangan Majlis Pertubuhan Menteri Pendidikan Asia Tenggara (Seameo) ke-45 di sini hari ini.”

"Saya(Tan Sri Muhyiddin Yassin)  tidak mahu buat tuduhan siapa melakukan perbuatan ini, macam kes surau terbakar di Muar rupanya bukan orang bukan Islam yang lakukan, jadi kita tidak boleh semberono sebutkan siapa.”


Tindakan orang-babi yang meletakkan kepala babi di masjid telah berjaya menggegarkan Negara Malaysia dan jika tidak ditangani secara berhemah pastinya suasana ini bakal  menambah permasalahan antara kaum yang sedang terjadi di Malaysia pada hari ini. So, aper tunggu lagi gomen(goverment)! Adakah masih nak berlembut dengan orang2 yang  sebegini sedangkan “ orang-babi dah memalit najis ke kepala kita”. Nak biarkan aje ke?

Di kesempatan yang baik ni, aku rasa inilah masanya peluang kerajaan untuk mengembalikan kepercayaan rakyat malaysia dengan mengumumkan langkah2 yang perlu untuk menunjukkan bahawa mereka  prihatin dan sedia bertindak secara tegas. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang berkarisma, aku telah merangka 1 usul yang sangat bernas untuk digunakan dalam kes ini.

Ini hanyalah cadangan aku untuk menyedarkan orang yang mahu mengucar kacirkan semangat muhibbah berbilang kaum di Malaysia supaya berikir 2 3 kali sebelum bertindak. Cadangan aku ni adalah berdasarkan pemikiran bergeliga aku, bertujuan untuk memberi teladan disamping untuk memulihkan kembali keharmonian dikalangan rakyat Malaysia. Usul-usul yang aku cadangkan ialah:.-

super-keras kepada orang-babi nih.>


Jadi persoalannya, apakah bentuk2 hukuman yang super-keras untuk orang-babi nih? Jika ditanya kepada aku, hukuman-hukuman yang super-keras dan sangat sesuai dikenakan kepada penjenayah2 yang berjaya ditangkap dalam kes membakar gereja, masjid dan membuang kepala babi di masjid ini  adalah :-

1.Buang Negara. - Biarlah mereka tiggal dimana-mana  asalkan jangan  di Malaysia. Angkasa lepas ni luas, so kalau mereka memikirkan yang semua perkara perlu diselesaikan secara over-emotion,  baik la mereka yang gila tuh pi dok kat bulan. Kasi huru hara dan pecah belah makhluk asing sedia ada kat sana pulak.
2. Hantar ke penjara Gunatanamo Bay. (Kalau diorang berjaya lepaskan diri dari sana, kurang2 boleh la belakon filem “Escaped from Guantanamo Bay Malaysian version”. Popular la Malaysia nnti.
 
Jangan bagi orang-babi makan nih.

3. Hukuman terakhir yang ala ala Fear Factor. Dorang perlu memakan kepala babi yang dah berulat dan ditinggalkan dimasjid tuh sebagai mintak maaf kepada rakyat Malaysia Tapi still kena hukuman penjara 40 tahun.(10 tahun tuk seekor kepala babi).

Hukuman yang difikirkan diatas rasanya amatlah sesuai, ketika kerajaan masih lagi mencari formula yang betul untuk menyatukan kembali segenap lapisan masyarakat di Malaysia. Sedikit pantun ingin aku tujukan kepada orang-babi

"Buah limau tiga serangkai, ada otak tak dak akai"
Karan  Sim Walas melaporkan dari rumah orang gila Kampungku One Stone.

Sesuai giler ak rasa pantun diatas digunakan untuk menggambarkan orang yang tak bertamadun nih menggunakan otak yang tuhan dah berikan.


Berikut adalah angka-angka yang jumpak dalam  peristiwa pembuangan kepala babi dimasjid ini:-
- disedari oleh jemaah yang sudah selesai melaksanakan solat subuh(2 rakaat).
- telah berlaku 2 hari lalu.(hari apa ek?)
- 2 kepala babi ditemui di setiap masjid.
- Jumlah kepala babi yang digunakan ialah 2 + 2.
- Jarak antara masjid adalah 2 kilometer.
- Not RM 1 sebanyak 30 keping diselitkan jugak.( 2 x 15)

Apa kaitannya angka-angka diatas dengan peristiwa orang-babi?

Polis dalam surat khabar hari ini dah melaporkan, mereka akan bekerjasama dengan pakar forensik dan veterinar untuk membuat kajian termasuk menentukan spesies dan asal babi hutan yang kepalanya diletakkan di kawasan dua masjid di Petaling Jaya dua hari lalu.


"Kita percaya ia sedikit sebanyak akan dapat membantu kita dalam menyiasat
kes itu," kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman
kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan polis kontinjen Kuala
Lumpur di sini hari ini.

Baguslah macam tu Encik Polis. Cepat-cepatlah sikit siasat kes nih. Tak sabar dah nih nak tengok orang babi hidup di Planet Pluto. Hahaha.


P/s: Buat orang-babi. Gunalah otak sikit beb. Tak perlulah nak naikkan darah orang. Baik kau pegi mati ja lagi baik.
“Ikut nafsu badan binasa, ikut hati mati la jawabnya”.

7 comments:

HEMY said...

buang daerah la...dlm islam pn buang daerah hukuman dia..pastu tiap minggu kena wat lapor diri kat balai polis berdekatan..haaa

chedet said...

Suruh datuk muzhaphar anta g planet pluto. Kasi kawan ngan susu sakat superman. xpon planet musytari. Leh kawan ngan ultraman.Hehe.

There Is nO sUch s2upid QueStiOn
buT tHere iS suCh s2upiD aNsWer. (-.+)v

NiZaM Limited said...

Benda ni jadi kat tempat aku. Aku sempat amik gambar sblm polis tu bungkus pale babi tu dlm plastik hitan utk bawak pegi. Usha blog aku ade entri beberapa jam lepas kepala babi tu diletakkan. http://nizam.webege.com/my-xtvt/

komen2 yek..

chedet said...

ak dah tgk dah zam.huhu. ak cari gambar kejadian xjumpak. so, merapu ja ak letak gambar yang ntah pa per. Hehe

There Is nO sUch s2upid QueStiOn
buT tHere iS suCh s2upiD aNsWer. (-.+)v

highcarl said...

hukuman pe yang sesuai ye? ok gak idea buang daerah tu. Letak kat pinggir-pinggir hutan. Pastu denda khidmat masyarakat 200 jam ke, saman. macam2 boleh

Anis Zahorin said...

kurang hajar diorg yg buat ni..lagi teruk drpd babi2 hutan tu..

chedet said...

memang arr. tapi pantun kat atas tuh silap. Pantun betul bunyi dier macam nih

"Limau purut 3 serangkai, buta perut xdak akai."

Hehe...

There Is nO sUch s2upid QueStiOn
buT tHere iS suCh s2upiD aNsWer. (-.+)v

Post a Comment

add comment