Pages

Tuesday, February 2, 2010

Haha ! Gangguan Seksual



Kredit to beecy

Monday, February 1, 2010

Di sebalik dum-pek...



Dompet (di sebut dum-pek) adalah barang keperluan yang paling penting jika nak dibandingkan dengan henset korang. Tak percaya? Cuba korang bayangkan. Masa tengah makan-makan ngan awek korang yang cun melecun tu dekat KFC, time nak bayar jer baru tau upanya dompet korang tertinggal. Aper perasaan korang? Kalau jenis ‘hati kering’ konpem la buat bodo jew dan suruh awek bayar. Hehe.


Tapi macam mana pula kalau korang baru jer berjaya mengorat seorang awek nih dan baru 1st time dating?. Mesti malu macam “ulat gonggok” kan. Mula la korang jadi tegedik-gedik Kalau la ada tudung saji  kat KFC tuh, mesti dah korang guna wat tutup kepala dan jadila korang tak ubah macam pahlawan cina dulu-dulu. Nak cover korang punyew malu nya pasal. Korang jugak akan merasakan korang ni ibarat badut sirkes dengan tahap ke 3 sukuan dan kesengalan yang melampau. So, moral of the story. Dompet penting tak? Lu fikirlah sendiri. Hehe.



Dompet sememangnya dah lama digunakan sejak zaman “tok kadok” lagi. Sungguhpun fungsi dompet hanyalah sekadar tempat untuk menyimpan wang ringgit, tetapi penggunaan dompet yang tampak menarik, cantik, elegan dan trendy selalu menjadi keutamaan dalam pemilihan awal ketika preses pembelian.

Aku bukanlah salah seorang peminat-peminat dompet yang mengikut perkembangan semasa. Bagiku, dompet sekadar untuk meletakkan duit dan barang –barang penting.
Kalau aku senaraikan barang-barang yang ad dalam dompet aku, sememangnya korang pasti merasa terkejut. Yerlah, jika disenaraikan, terdapat lebih kurang 30 barang ak simpan dalam dompet ak. Dah macam poket Doraemon plak. Hahaha



Dulu mase time zaman aku sekolah, cukup ramai budak2 guna dompet panjang. Err, macam mana nak terang ek? Dompet yang panjang itu la! Kalau kat pasar malam harga nya dalam RM20 kowt. Digayakan pulak dengan seluar jeans lusuh bersama kasut converse.. Huh! memang bergaya wa cakap lu. Hehe. Bagi kalangan budak-budak sekolah dulu hatta sekarang pon, dompet-dompet jenama popular tetapi dijual dipasar-pasar malam dengan harga serendah rm10 tetap menjadi. tarikan.

Yer lah, mana ader ada duit nak beli dompet mahal-mahal. Tul ark. Sememangnya, kasut jer yang diorang sanggup beli yang mahal2. Macam Adidas, Nike, Reebok, Converse, Dr Cardine dan macam-macam lagilah yang harganya memang mencecah ratusan ringgit. Depan aweks punya pasal, poket  rabak pon korang sanggup ek. LoL.
Kasut Converse - Kehenseman korang pasti terserlah dengan memakai kasut ini.

Tapi mengapa dompet-dompet pasar malam jugak yang korang rembat arr? Hahaha. Dah macam beli dompet cetak rompak plak. Tul tak!. Tapi still aku dari dulu ngan sekarang sama jer. Pergi mall still pakai selipar jepun. Classic tak aku? Masih setia memfollow trend2 yang dah ketinggalan zaman. Aiyark. Haha.


Sepanjang ak hidup nih, aku rasa dompet paling mahal aku beli aku beli adalah di Central Square Sungai Petani dengan harga kira2 RM80. Masa tuh terasa la jugak nak bergaya. Last,-last, menyesal gak bli dompet tuh. Aku ter “usha” membe sekelas punya dompet. Piwwit! bukan main lawa gilerz tapi harga RM15 jer. Beli kat pasar malam.
Aku dalam hati pon berkata.’Cilakak ko membe. Sengaja nak menjeleskan aku dengan dompet RM15 ko tuh’. Huhu.

Buat pengetahuan korang, dalam dompet aku sekarang ada :-

1) RM18 dan 27 sen. Mane ak dapat 7 sen tuh?. Hehe..Adik jaga kaunter kat KFC yang comey bagi. Tq adik. I lap U, u lap me back k?. Wakakakak

2) MyKad. Dulu masa time aku buat permohonan MyKad, kerani di kaunter kata boleh guna untuk keluarkan duit di mesin ATM, tidak perlu bawa lesen memandu dan macam-macam lagi. Sekarang aku hanya guna bila kena tahan dengan polis trafik, itu pun jarang sangat dan Abang Trafik masih tetap mahu tengok lesen memandu, atau minta tunai RM20 sebagai duit kopi.

3) Lesen memandu. Dah lama dapat baru sekarang jer dah pro memandu. Dulu penah trauma nak eksiden, so bawak lori jer dekat sebulan. Terer tak aku? Dah trauma tapi boleh pulak bawak lori. Hehe. Lori besar la kawan2 oi. Kalu aku eksiden kurang-kurangnya aku selamat. Orang yang langgar aku semestinya akan menetap ke hospital kurang kurang sebulan. Kalau nasib tak baik, dapat pindah “Kampung Batu 2” free2 jer. Hehe.Tup-tap2, masa berjalan. Dah cukup sebulan baru aku berani nak drive keta balik.

4) Kad-Kad ATM. 3 keping kesemuanya, tapi nilai simpanan tidak pula mencecah ribu-ribu. Dalam RM20 kot. Kikiki. Ya, perjalanan masih jauh dan nampaknya aku akan membujang untuk tempoh sekurangnya 5 tahun lagi. Tapi kalau ade aweks aweks nak ajak “Abang” kawin, malam nih pon “Abang” sanggup dik oi. Tapi sara hidup adik support la. Huhu.

5) Kad CC(cyber café). Berharga RM10 ketika mula-mula mendaftar. Digunakan di CC yang terpilih sahaja. Kad keahlian untuk setahun.

7) Surat Sokongan. Surat surat dari peminat yang aku terima masa aku diberi tugas menyampaikan ceramah di Port Dickson dalam program Training Of Trainer(TOT).
Aku sememangnya penceramah yang berkarisma. Siyes!! LoL.

Dan itulah saja harta karun yang terkandung dalam dompet aku? Apa? Sikit saja? Kata bnyak?Terlalu kemas? Tidak ada helaian kertas atau resit? Hehe.

Namanya pun dompet lelaki, kan? Bukannya tas tangan wanita.

Dompet korang macam inikah?

The End

Jap2.. Tengok la dulu gambar antu kopek kat bawah nih. Hehe.


Huhu. Da abis da.

p/s Semalam aku xder mood giler2 nak update blog. Mouse rosak + internet selalu dc + bosan + tringat aweks. Huhu. Pe pon selamat maju jaya kat korang yang baca hasil repekan ak nih. Nnti ak buat entry pendek2 boley?. Sian kat jari aku. Asik nak buat entry pendek2 tapi still melalut sampai ke lubang cacing. Hehe. Tak der idea nak update entry. So inilah artikel bosan + merapu yang dapat aku hasilkan. Bye bye

Saturday, January 30, 2010

(Interview) Victoria Posh Dan David Beckham - Bercerita

J-Lo dipuja oleh peminat diseluruh dunia kerana mempunyai bentuk badan yang  menggairahkan mengiurkan, manakala Posh pula sering dkritik kerana terlalu kurus. Tetapi, tahukah anda bahawa Posh dan J-Lo(Jennifer Lopez) sebenarnya mempunyai saiz badan yang sama?. Perkara ini telah diceritakan sendiri oleh Posh yang dulu pernah popular dengan album Wannabe, bersama kumpulan Spice Girl ketika di era kegemilangannya.

Perbezaan yang selalu dibandingkan antara mereka, telah disanggah oleh Posh semalam apabila dia mendedahkan bahawa dia sebenarnya memakai saiz baju dalam yang sama dengan J-Lo. Dalam temuramah dengan sebuah majalah semalam Posh, 35 berbicara tentang sepasang baju dari koleksinya, 

“Sebenarnya, saiz baju dalam yang saya pakai sama jer dengan baju dalam yang J-Lo pakai. Tetapi itu la, saya sedih sebab tak der sesiapa pun sangka yang saya pakai saiz baju dalam yang sama dengan J-Lo.”

Itulah antara apa yang dikatakan oleh Posh ketika diwawancara semalam. Jadi, dalam hal ini apakah pendapat korangsemua?. Adakah benar saiz baju dipakai Posh adalah sama dengan saiz baju J-Lo? Jika anda mengatkan ya!. Sila lihat gambar dibawah

Apa yang besar kat gambar nih?


Dalam temuramah yang sama juga, David Beckham bercerita mengenai ibunya yang masih tidak dapat menyesuaikan diri melihat dia menanggalkan pakaian dalam pertunjukan fesyen.

“ Aku masih rasa malu-malu kucing bile aku tengok poster yang memaparkan gambar aku tak berpakaian tu. Ia pengalaman yang teruk kerana ia melibatkan masa depan bila berbogel menanggalkan pakaian depan orang ramai. Tapi akhirnya bila dah biasa, aku rasa selesa je buat macam tu. Macam orang tua-tua selalu kata. "Alah bisa, tegal biasa ". Betul tak ?.”

Chedet : "Aar. betul la tu Enche Beckham oi. Dah-dah. Bincang pasal lain pulak."
Enche Beckham : "Wiii.  Baiklah chedet."


Ok. Aku bawakan pula kata-kata lain dari Beckham dan Posh mengenai perhubungan, luahan hati dan perasaan mereka.

Aunty Victoria
We do buy each other nice things, but it's never as extravagant as people make out."
Kami sememangnya ada membeli barang untuk sesama sendiri tapi ‘rasanya’ tak lah se grand apa yang orang selalu perkatakan.
Grand tak picture nih!

Enche Beckham
"My wife and I are very happy, we are normal people and we have arguments like everyone, but I love my wife."
Aku dan bini aku sangat gembira, ini kerana kami hanyalah manusia biasa dan pastinya kadang-kadang kami akan bergaduh semua semua orang. Per pon, aku tetap saying bini aku k.

Aunty Victoria
"Normally what we get is, 'David is so handsome, he's just gorgeous - but she's so funny.' But you know what that means, it means you're a pig with a sense of humor."
Biasanya orang selalu mengatakan, ‘Beckham sangat hensem, dia sememangnya menakjubkan – tapi, Posh pula sangat lawak’. Tapi korang tahu tak apa maksudnya?. Maksudnya korang adalah babi dengan unsur-unsur lawak.

Enche Beckham
"My family is the most important thing for me, but the soccer is second."
Keluarga aku adalah benda yang terpenting untuk aku, dan bola sepak di tangga kedua.

Aunty Victoria
"I'm proud I still have a really good sex life with David. He is very much in proportion. He does have a huge one, though. He does. You can see it in the advert. It is all his. It is like a tractor exhaust pipe."
Saya sangat berbangga kerana kehidupan seks saya dengan Beckham masih baik. Dia memang mempunyai ‘adik’ yang besar. Memang besar. Korang boleh lihat di papan papan iklan. Itu semua adalah dia yang punya. Ia sebesar paip ekzos traktor.(giler ah besar).

Chedet : "Terima la kat korang coz sudi bercerita serba sedikit yer. Trimasih"
Victoria and Beckham : "No problem Che Det. Ada masa jemputla interview kami lagi yer."
Chedet : k k..

Tamatlah sesi interview yang diadakan semalam.
Tq all sebab baca. Hahaha


Berita ini akan disiarkan secara ulangan dari Stesen Telebesen Kampungku One Stone. KOS


P/s Interview diatas adlah benar dan telah disiarkan cuma ada la skit yang diedit dan ditambah- tambah. Woot , korang. Chelsea lawan Hull City malam nih sapa menang yer?

kredit to showbiz

add comment