Pages

Friday, January 29, 2010

(Panas) Hukuman Super-Keras Untuk Orang-Babi?



 Inikah orang-babi yang dimaksudkan?

Kejadian meletakkan 4 kepala babi hutan di 2 buah masjid dekat Petaling telah dikutuk sekeras kerasnya oleh Malaysia dunia. Tindakan yang bolehlah diumpamakan sebagai tindakan orang yang paling buduh didunia ini ternyata merupakan salah satu cara luahan perasaan yang melampau batas dan melanggar adab ke peri manusiaan.

Keputusan orang-babi(orang yang buang kepala babi)  meletakkan kepala babi di masjid ternyata mempunyai agenda tersendiri apabila dengan sengaja memilih masjid sebagai sasaran walaupon sudah jelas dengan  sensitiviti umat Islam di Malaysia ini dengan babi. Ini adalah tindakan dan keputusan manusia paling sengal dan bodoh yang menggunakan 'akal kepala lutut' dalam mengekspresikan rasa ketidakpuasan hati mereka. 



"Saya(Tan Sri Muhyiddin Yassin) rasa marah dan ini adalah satu perkara yang sepatutnya tidak berlaku. Ia sesuatu yang amat memalukan kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sidang pleno Persidangan Majlis Pertubuhan Menteri Pendidikan Asia Tenggara (Seameo) ke-45 di sini hari ini.”

"Saya(Tan Sri Muhyiddin Yassin)  tidak mahu buat tuduhan siapa melakukan perbuatan ini, macam kes surau terbakar di Muar rupanya bukan orang bukan Islam yang lakukan, jadi kita tidak boleh semberono sebutkan siapa.”


Tindakan orang-babi yang meletakkan kepala babi di masjid telah berjaya menggegarkan Negara Malaysia dan jika tidak ditangani secara berhemah pastinya suasana ini bakal  menambah permasalahan antara kaum yang sedang terjadi di Malaysia pada hari ini. So, aper tunggu lagi gomen(goverment)! Adakah masih nak berlembut dengan orang2 yang  sebegini sedangkan “ orang-babi dah memalit najis ke kepala kita”. Nak biarkan aje ke?

Di kesempatan yang baik ni, aku rasa inilah masanya peluang kerajaan untuk mengembalikan kepercayaan rakyat malaysia dengan mengumumkan langkah2 yang perlu untuk menunjukkan bahawa mereka  prihatin dan sedia bertindak secara tegas. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang berkarisma, aku telah merangka 1 usul yang sangat bernas untuk digunakan dalam kes ini.

Ini hanyalah cadangan aku untuk menyedarkan orang yang mahu mengucar kacirkan semangat muhibbah berbilang kaum di Malaysia supaya berikir 2 3 kali sebelum bertindak. Cadangan aku ni adalah berdasarkan pemikiran bergeliga aku, bertujuan untuk memberi teladan disamping untuk memulihkan kembali keharmonian dikalangan rakyat Malaysia. Usul-usul yang aku cadangkan ialah:.-

super-keras kepada orang-babi nih.>


Jadi persoalannya, apakah bentuk2 hukuman yang super-keras untuk orang-babi nih? Jika ditanya kepada aku, hukuman-hukuman yang super-keras dan sangat sesuai dikenakan kepada penjenayah2 yang berjaya ditangkap dalam kes membakar gereja, masjid dan membuang kepala babi di masjid ini  adalah :-

1.Buang Negara. - Biarlah mereka tiggal dimana-mana  asalkan jangan  di Malaysia. Angkasa lepas ni luas, so kalau mereka memikirkan yang semua perkara perlu diselesaikan secara over-emotion,  baik la mereka yang gila tuh pi dok kat bulan. Kasi huru hara dan pecah belah makhluk asing sedia ada kat sana pulak.
2. Hantar ke penjara Gunatanamo Bay. (Kalau diorang berjaya lepaskan diri dari sana, kurang2 boleh la belakon filem “Escaped from Guantanamo Bay Malaysian version”. Popular la Malaysia nnti.
 
Jangan bagi orang-babi makan nih.

3. Hukuman terakhir yang ala ala Fear Factor. Dorang perlu memakan kepala babi yang dah berulat dan ditinggalkan dimasjid tuh sebagai mintak maaf kepada rakyat Malaysia Tapi still kena hukuman penjara 40 tahun.(10 tahun tuk seekor kepala babi).

Hukuman yang difikirkan diatas rasanya amatlah sesuai, ketika kerajaan masih lagi mencari formula yang betul untuk menyatukan kembali segenap lapisan masyarakat di Malaysia. Sedikit pantun ingin aku tujukan kepada orang-babi

"Buah limau tiga serangkai, ada otak tak dak akai"
Karan  Sim Walas melaporkan dari rumah orang gila Kampungku One Stone.

Sesuai giler ak rasa pantun diatas digunakan untuk menggambarkan orang yang tak bertamadun nih menggunakan otak yang tuhan dah berikan.


Berikut adalah angka-angka yang jumpak dalam  peristiwa pembuangan kepala babi dimasjid ini:-
- disedari oleh jemaah yang sudah selesai melaksanakan solat subuh(2 rakaat).
- telah berlaku 2 hari lalu.(hari apa ek?)
- 2 kepala babi ditemui di setiap masjid.
- Jumlah kepala babi yang digunakan ialah 2 + 2.
- Jarak antara masjid adalah 2 kilometer.
- Not RM 1 sebanyak 30 keping diselitkan jugak.( 2 x 15)

Apa kaitannya angka-angka diatas dengan peristiwa orang-babi?

Polis dalam surat khabar hari ini dah melaporkan, mereka akan bekerjasama dengan pakar forensik dan veterinar untuk membuat kajian termasuk menentukan spesies dan asal babi hutan yang kepalanya diletakkan di kawasan dua masjid di Petaling Jaya dua hari lalu.


"Kita percaya ia sedikit sebanyak akan dapat membantu kita dalam menyiasat
kes itu," kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman
kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan polis kontinjen Kuala
Lumpur di sini hari ini.

Baguslah macam tu Encik Polis. Cepat-cepatlah sikit siasat kes nih. Tak sabar dah nih nak tengok orang babi hidup di Planet Pluto. Hahaha.


P/s: Buat orang-babi. Gunalah otak sikit beb. Tak perlulah nak naikkan darah orang. Baik kau pegi mati ja lagi baik.
“Ikut nafsu badan binasa, ikut hati mati la jawabnya”.

Thursday, January 28, 2010

Bila Fahrin Menangis. Ada yang menyampah?


Surat khabar keluaran hari ini ada melaporkan mengenai tindakan sebuah stesen radio yang bagi aku tersangat la tak sensitif dengan isu semasa apabila diorang menerbitkan(betul ke ayat menerbitkan?) 1 slot di stesen berkenaan mengenai “lelaki menangis”(adakah ditujukan kepada Fahrin?). Perkara ini diceritakan sendiri oleh seorang pendengar Suria FM yaitu Teddy Marcello kepada sebuah surat khabar tempatan(Berita Harian lerw)..

Slot berkenaan dikendalikan oleh 2 orang pengacara diorang yaitu Zaff dan Tuah. Perkara yang menjadi persoalan ialah, kenapa slot itu diadakan?. Jelas kelihatan tujuan slot berkenaan diadakan,  apabila salah seorang penyampai Suria FM yang mengendalikan slot berkenaan yaitu Tuah mengatakan, topic yang sedang dibincangkan tuh ada kena mengena dengan Linda Onn(So nak kutuk Fahrin menangis lah yerw?).



Tuah ketika menderma darah.

"Berdasarkan aduan yang diberikan oleh seorang pembaca yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Teddy Marcello, stesen radio itu sudah membuat satu topik mengenai lelaki menangis. Menerusi program yang disiarkan waktu malam yang dikendalikan dua pengacaranya iaitu Zaff dan Tuah, mereka meminta pemanggil mengulas tindakan seorang lelaki yang menangis.

Kata Teddy lagi, pelbagai komen diterima. Ada yang suka dan ada yang menyampah. Tapi yang membuatkan dia terkilan adalah apabila Tuah tiba-tiba berkata topik itu ada kena-mengena dengan Linda Onn. Terkejutlah si Teddy tu kerana nampak sangat mereka keluarkan topik itu kerana agenda tertentu. Malah, si Zaff sendiri pun terkejut apabila si teman tadi berkata demikian. "

Yang comel ni Zaff. (mati2 aku ingat Zaff tu lelaki.
Lps tnya Uncle Google baru daku tau Zaff tu girl. Adess.)




Nampak sangat macam diorang seperti nak menghina mengejek mengucar kacirkan hati Fahrin walaupon mungkin dorang tidak bermaksud macam tu. Sampaikan, si Zaff sendiri pun terkejut bila Tuah kata macam tu. Adakah Suria FM ada agenda tersembunyi bila dorang dengan sengaja memainkan isu tersebut atau Tuah just tersilap sebut?

Pelbagai komen diterima daripada para pendengar yang memberi pendapat apabila slot tu dibincangkan. Ada yang suka dan ada yang menyampah. Kenapa!!! Salah ke lelaki menangis? Aku sememangnya tak tau nak cakap aper sebab bagi aku hati manusia lain-lain. Air mata bukan untuk wanita saja tetapi lelaki juga berhak dan perlu untuk menangis terutama bila menyentuh soal hati dan perasaan. Takkan nak pendam sampai stress dan jadi gila kowt!!

Bak kata pepatah
           " rumah terbakar nampak asap, hati terluka siapa yang tahu."
Kalan Sim Walas Melaporkan dari
radio buruk Kampungku One Stone.

Bagi aku, pengurusan Suria FM sememangnya  tak sensitif dengan situasi yang sedang berlaku sekarang.. Adakah nak membela penyampai diorang sampai tidak memikirkan sensitiviti rakyat malaysia termasuk aku nih? Nampak sangat macam Suria FM ni terlalu memihak kepada Linda. Tapi, apa per pun aku sememangnya  tak pernah dan akan setuju dengan keputusan diorang mewujudkan slot macam tu.

Apakah sengaja nak menduga perasaan atau sememangnya berniat nak mengecil dan memalukan Fahrin? Laut yang tenang jangan disangka tak der buaya! Bagi ak, pengurusan Suria FM perlulah lebih berhati hati bila nak menggunakan sesuatu isu yang sedang hangat bila mana isu tu boleh menimbulkan perasaan kurang senang dikalangan individu lain. Bila akal fikiran diperah untuk bertindak dengan hanya memikirkan keuntungan.Hurmm. Macam-macam orang sanggup buat. Kan2?


Ermm. Gambar Datuk Siti. Tak der kene mengene pon dengan artikel
nih tapi coz tomey sesangat so ak letak lerw tuk tatapan korang. Hehe.

Bagi aku, kalau Hot FM atau stesen radio lain yang buat slot tu pastilah tidak sehangat dari biasa(Hot FM) kerana walaupon isu ni tak lah sebesar Blog Hina Almarhum Sultan Johor Di Dakwa, tapi still isu ni yang agak panas untuk diperkatakan. Professional la skit. Korang dah buka stesen radio lama mana wei. Korang dah buat satu slot yang bisa membuatkan aku dan segelintir pendengar stesen korang terbakar. Kes ini sedang hangat, jadi tak perlulah nak menambahkan minyak ke dalam api yang sedang membara. Nanti tak fasal-fasal, ramai lagi orang yang akan terbakar.



Boleh jer try Math tuk kira kesakitan hati korang after 
clash ngan gopren or bopren korang.


Sumber artikel : Berita Harian

p/s Artikel diatas hanyalah pandangan aku sebagai seorang manusia untuk melahirkan rasa ketidak puasan hatiku di atas apa yang berlaku ke atas Fahrin. Walaupun tak terbukti lagi siapa yang salah, still aku harap tak der orang yang tersinggung.

To: Suria FM – Jangan saman saya. Saya orang susah. Sekadar luahan perasaan. Salah silap Harap Dimaafkan. Huhu. Kalu artikel ni agak biadap. Gtau jerw, nnti saya remove......

Wednesday, January 27, 2010

Kenapa Facebook?

Siapa yang tak kenal dengan Facebook? Dalam waktu yang singkat sahaja , laman sosial ini telah menjadi antara laman sosial yang mengalahkan Youtube dan Yahoo. Friendster adalah di antara social network terawal, sekarang sudah berada di ranking ke 162 di alexa top sites ranking. Kalau tak caye korang tanya jer uncle Google.

Aku terguna Facebook pun lepas kebanyakan member dalam friendster dah tukar guna Facebook. Korang tanya dah uncle google tentang facebook ranking? Korang cari sendiri kalau nak tengok ranking si Facebook. Hehe. 1st ranking top site still uncle google kesayangan korang tuh dan fb di ranking ke 2.

Agak-agak korang la, apa istimewanya Facebook nih sampai ramai pengguna internet termasuklah aku memilih untuk menggunakan facebook berbanding Friendster, Myspace, Tagged dan seangkatan dengannya? Berikut sedikit pandangan ak sebagai seorang yang masih baru berjinak-jinak dalam facebook.



1. Social Network
Facebook adalah antara laman web yang mengenengahkan konsep laman sosial. Setiap korang yang ada akaun di Facebook boleh berhubung dengan semua aweks di internet. Sama jer kemudahan ni dengan apa yang yang disediakan oleh datuk Friendster dan nenda Myspace.

2. Micro Blogging
Facebook ada kelebihan tersendiri dimana korang boleh mengupdate status korang. Korang bebas jer nak tulis apa-apa saja status kita. Dari hal yang remeh-temeh, macam kucing korang kencing berdiri pagi tadi, sampai la hal serius macam Chelsea belasah Manchester Uniter 8 berbalas 0.Hehe. Korang leh guna sms, email atau apa jer la sebagai medium ntuk korang update status korang. Kemudahan ini sama dengan yang apa yang Twitter ader.



3. Messenger
Korang jugak boleh mengorat dalam facebook nih dengan menggunakan kemudahan berchatting. Tak perlu dah nak guna pen atau kertas. Taip jer guna keyboard pastu send ke profile aweks2 cun yang korang suke. Sama la macam ym.
4. Image Sharing
sharing picture korang di facebook untuk dijadikan tatapan mmber2 dan orang ramai. Fungsi ni sama je dengan Flickr. Tapi ak still suka guna imageshack untuk sharing picture. Korang prefer yang mana?

5. Social Bookmarking
Jika terdapat artikel yang menarik di internet, korang juga boleh gunakan bookmark yang disediakan oleh facebook untuk ajak kawan2 tengok artikel menarik yang korang dah lihat.




Cuba cari dimana facebook berada!

6. Blogging
Anda seorang blogger, tapi mulai bosan sebab blog anda tak pernah dikunjungi teman? Cobalah buat blog di Facebook. Dijamin, paling tidak teman anda akan melirik hasil tulisan anda di sidebar. Fasilitas ini sama dengan yang dipunyai oleh Blogspot.

7. Video Sharing
Bagi yang menggunakan youtube untuk video sharing. Korang boleh guna jer Facebook ntuk upload video. Lebih kurang jer.

8. Search Engine
Uncle  google adalah search engine yang selalu digunakan untuk mencari maklumat di internet. Tapi user juga mengharapkan jawapan personal atas pertanyaan peribadi yang tidak mungkin boleh dijawab oleh uncle Google, seperti di mana restoran atau salon yang bagus.

9. Internet Marketing
Tahukah korang? Ramai pengiklan menggunakan facebook untuk mengiklankan produk dorang. Jumlah pengguna yang ramai memudahkan advertiser ntuk beriklan di facebook. Korang pon boleh cuba jugek.

10. Yang ke sepuluh…hmm? Facebook boleh juga digunakan untuk mencari jodoh. Kalau korang tak percaya, korang cuba la. Hehe.



p/s Ak dah ader Facebook. Korang yang tak der tu bila lagi?

add comment