Pages

Monday, February 1, 2010

Di sebalik dum-pek...



Dompet (di sebut dum-pek) adalah barang keperluan yang paling penting jika nak dibandingkan dengan henset korang. Tak percaya? Cuba korang bayangkan. Masa tengah makan-makan ngan awek korang yang cun melecun tu dekat KFC, time nak bayar jer baru tau upanya dompet korang tertinggal. Aper perasaan korang? Kalau jenis ‘hati kering’ konpem la buat bodo jew dan suruh awek bayar. Hehe.


Tapi macam mana pula kalau korang baru jer berjaya mengorat seorang awek nih dan baru 1st time dating?. Mesti malu macam “ulat gonggok” kan. Mula la korang jadi tegedik-gedik Kalau la ada tudung saji  kat KFC tuh, mesti dah korang guna wat tutup kepala dan jadila korang tak ubah macam pahlawan cina dulu-dulu. Nak cover korang punyew malu nya pasal. Korang jugak akan merasakan korang ni ibarat badut sirkes dengan tahap ke 3 sukuan dan kesengalan yang melampau. So, moral of the story. Dompet penting tak? Lu fikirlah sendiri. Hehe.



Dompet sememangnya dah lama digunakan sejak zaman “tok kadok” lagi. Sungguhpun fungsi dompet hanyalah sekadar tempat untuk menyimpan wang ringgit, tetapi penggunaan dompet yang tampak menarik, cantik, elegan dan trendy selalu menjadi keutamaan dalam pemilihan awal ketika preses pembelian.

Aku bukanlah salah seorang peminat-peminat dompet yang mengikut perkembangan semasa. Bagiku, dompet sekadar untuk meletakkan duit dan barang –barang penting.
Kalau aku senaraikan barang-barang yang ad dalam dompet aku, sememangnya korang pasti merasa terkejut. Yerlah, jika disenaraikan, terdapat lebih kurang 30 barang ak simpan dalam dompet ak. Dah macam poket Doraemon plak. Hahaha



Dulu mase time zaman aku sekolah, cukup ramai budak2 guna dompet panjang. Err, macam mana nak terang ek? Dompet yang panjang itu la! Kalau kat pasar malam harga nya dalam RM20 kowt. Digayakan pulak dengan seluar jeans lusuh bersama kasut converse.. Huh! memang bergaya wa cakap lu. Hehe. Bagi kalangan budak-budak sekolah dulu hatta sekarang pon, dompet-dompet jenama popular tetapi dijual dipasar-pasar malam dengan harga serendah rm10 tetap menjadi. tarikan.

Yer lah, mana ader ada duit nak beli dompet mahal-mahal. Tul ark. Sememangnya, kasut jer yang diorang sanggup beli yang mahal2. Macam Adidas, Nike, Reebok, Converse, Dr Cardine dan macam-macam lagilah yang harganya memang mencecah ratusan ringgit. Depan aweks punya pasal, poket  rabak pon korang sanggup ek. LoL.
Kasut Converse - Kehenseman korang pasti terserlah dengan memakai kasut ini.

Tapi mengapa dompet-dompet pasar malam jugak yang korang rembat arr? Hahaha. Dah macam beli dompet cetak rompak plak. Tul tak!. Tapi still aku dari dulu ngan sekarang sama jer. Pergi mall still pakai selipar jepun. Classic tak aku? Masih setia memfollow trend2 yang dah ketinggalan zaman. Aiyark. Haha.


Sepanjang ak hidup nih, aku rasa dompet paling mahal aku beli aku beli adalah di Central Square Sungai Petani dengan harga kira2 RM80. Masa tuh terasa la jugak nak bergaya. Last,-last, menyesal gak bli dompet tuh. Aku ter “usha” membe sekelas punya dompet. Piwwit! bukan main lawa gilerz tapi harga RM15 jer. Beli kat pasar malam.
Aku dalam hati pon berkata.’Cilakak ko membe. Sengaja nak menjeleskan aku dengan dompet RM15 ko tuh’. Huhu.

Buat pengetahuan korang, dalam dompet aku sekarang ada :-

1) RM18 dan 27 sen. Mane ak dapat 7 sen tuh?. Hehe..Adik jaga kaunter kat KFC yang comey bagi. Tq adik. I lap U, u lap me back k?. Wakakakak

2) MyKad. Dulu masa time aku buat permohonan MyKad, kerani di kaunter kata boleh guna untuk keluarkan duit di mesin ATM, tidak perlu bawa lesen memandu dan macam-macam lagi. Sekarang aku hanya guna bila kena tahan dengan polis trafik, itu pun jarang sangat dan Abang Trafik masih tetap mahu tengok lesen memandu, atau minta tunai RM20 sebagai duit kopi.

3) Lesen memandu. Dah lama dapat baru sekarang jer dah pro memandu. Dulu penah trauma nak eksiden, so bawak lori jer dekat sebulan. Terer tak aku? Dah trauma tapi boleh pulak bawak lori. Hehe. Lori besar la kawan2 oi. Kalu aku eksiden kurang-kurangnya aku selamat. Orang yang langgar aku semestinya akan menetap ke hospital kurang kurang sebulan. Kalau nasib tak baik, dapat pindah “Kampung Batu 2” free2 jer. Hehe.Tup-tap2, masa berjalan. Dah cukup sebulan baru aku berani nak drive keta balik.

4) Kad-Kad ATM. 3 keping kesemuanya, tapi nilai simpanan tidak pula mencecah ribu-ribu. Dalam RM20 kot. Kikiki. Ya, perjalanan masih jauh dan nampaknya aku akan membujang untuk tempoh sekurangnya 5 tahun lagi. Tapi kalau ade aweks aweks nak ajak “Abang” kawin, malam nih pon “Abang” sanggup dik oi. Tapi sara hidup adik support la. Huhu.

5) Kad CC(cyber café). Berharga RM10 ketika mula-mula mendaftar. Digunakan di CC yang terpilih sahaja. Kad keahlian untuk setahun.

7) Surat Sokongan. Surat surat dari peminat yang aku terima masa aku diberi tugas menyampaikan ceramah di Port Dickson dalam program Training Of Trainer(TOT).
Aku sememangnya penceramah yang berkarisma. Siyes!! LoL.

Dan itulah saja harta karun yang terkandung dalam dompet aku? Apa? Sikit saja? Kata bnyak?Terlalu kemas? Tidak ada helaian kertas atau resit? Hehe.

Namanya pun dompet lelaki, kan? Bukannya tas tangan wanita.

Dompet korang macam inikah?

The End

Jap2.. Tengok la dulu gambar antu kopek kat bawah nih. Hehe.


Huhu. Da abis da.

p/s Semalam aku xder mood giler2 nak update blog. Mouse rosak + internet selalu dc + bosan + tringat aweks. Huhu. Pe pon selamat maju jaya kat korang yang baca hasil repekan ak nih. Nnti ak buat entry pendek2 boley?. Sian kat jari aku. Asik nak buat entry pendek2 tapi still melalut sampai ke lubang cacing. Hehe. Tak der idea nak update entry. So inilah artikel bosan + merapu yang dapat aku hasilkan. Bye bye

1 comments:

kimy said...

ape tuh???adoi
tpi comel la bdk tuh..

Post a Comment

add comment