Pages

Tuesday, January 26, 2010

SENSASI Fahrin menangis kerana Linda?



Akhirnya, Fahrin Ahmad menangis ketika menghadiri sidang akhbar semalam untuk menjelaskan tentang tohmahan yang dibuat oleh Linda. Fahrin mengatakan betapa dia sangat tertekan dengan perangai Linda Onn yang tak sudah2 menceritakan keburukan dirinya. Fahrin telah mengemukakan

agar Linda meminta maaf secara terbuka kepadanya dalam masa 7 hari.

Menurutnya, keadaan yang berlaku telah membuatkan dia serik untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mereka di kalangan selebriti setelah. Dia turut memberitahu bahawa keburukan-keburukan yang diceritakan oleh bekas-bekas kekasihnya ( Linda dan Shca la kan?) itu telah mengaibkan dirinya dan menimbulkan suasana tidak enak dan mungkin menjejaskan kareer beliau.



Dalam sidang akhbar tu, Fahrin ada menyebut dan amat jelas sekali di wajah hero kita ni, kesedihan dan kekecewaannya. Kenapa setelah bercinta dan kemudian putus masih berlaku
lagi kebencian atau tanpa henti menuduhnya dan mengaibkan dia. Lagi-lagi setelah putus kali kedua dengan Scha, orang akan lebih-lebih bersangka buruk lagi padanya.




"Kesan kenyataan itu sangat besar kepada emosi, kerjaya dan keluarga saya. Bayangkan bagaimana perasaan saya bila orang bertanyakan hal ini kepada ibu saya yang terlantar sakit di hospital?".


Betul la tu. Mungkin ini antara sebab utama kesedihan yang Fahrin tanggung dan tak dapat dibendung lagi. Bila dia merasakan hati ibunya di hospital turut terluka dengan tohmahan orang.

Sedih kan? Memng da banyak kali tengok mamat tu nangis dalam TV. Tapi, dalam hal ni dia menangis dengan penuh perasaan. Ada orang cakap, lelaki ni kalau dia nangis, maksudnya memang dia menanggung kesedihan melampau. Betul ke?

Apa yang terjadi selepas ni, adakah Linda Onn akan meminta maaf kepada Fahrin? Sama-sama la kita tunggu dan lihat.

p/s Erm...moga2 ada pengakhiran yang baik untuk kedua-dua belah pihak.

1 comments:

Pisyek said...

oh, kesian beliau... T__T

Post a Comment

add comment