Pages

Monday, January 25, 2010

(Kontroversi)Poster Filem Lu Fikirlah Sendiri Bikin Puteri Sarah Liyana Sentap



Bagi peminat Puteri Sarah Liyana pastinya kecewa melihat poster filem Lu Fikirlah Sendiri yang tidak dihiasi dengan pelakon utamanya. Tapi sebaliknya, Mila yang hanya berlakon dalam 6 babak pula yang masuk poster.

Tapi yang herannya kenapa letak muka Mila pulak di poster? Mungkinkah ini satu konspirasi untuk mencipta kontroversi yang terancang? Tepuk dada, tanya jer pengarah filem tu sendiri. Senang
tak payah nak fikir2.

Apa-apa pun aku respek ngan Puteri Sarah Liyana yang berani mengeluarkan suara untuk menegakkan hak dia. Ini yang kita mahu dengan artis Malaysia. Tak adala nak ikut telunjuk jer. Bak kata orang, berani kerana benar. Dan pendapat aku dalam hal nie, apa yang Puteri Sarah Liyana buat adalah benar belaka.

‘‘Sarah sangat ‘sentap’ bila melihat poster itu. Kenapa wajah Sarah tiada langsung sedangkan Sarah memegang watak utama dan bukannya Mila? Sarah berhak mempertikaikan kerana merasakan diri teraniaya apatah lagi Sarah memberi sepenuh komitmen. Tak kanlah ini saja yang Sarah layak terima?

‘‘Sarah adalah kekasih Nabil dalam filem ini sementara Mila hanya adiknya dan berlakon hanya enam adegan sahaja. Poster itu menggambarkan seolah-olah Sarah hanya pelakon pembantu manakala Mila adalah watak utamanya,” gerutu gadis ketinggian 5'5 ini.


Puteri Sarah dah meluahkan perasaan sentap dan tak puas hati dia pasal poster filem Lu Fikirlah Sendiri. Kalaulah korang yang jadi teraju filem tapi tak masuk poster. Apa korang rasa ek?

BTW, ak respek giler dengan Puteri Sarah ni . Aku yakin korang pun kalau jadi macam Puteri Sarah Liyana konpem akan sentap jugak. Iyerlah, kita jadi pelakon utama. Tup-tup kat poster filem muka kita setempek kecik pun tak ada. Sapa tak panas kan?



p/s : Suruh lah Skuad Terjah Abang Nas terjah pengarah filem ni.

credit to Utusan

0 comments:

Post a Comment

add comment